CAMAR LAUT
Khamis, 4 Ogos 2011
Selasa, 31 Mei 2011
SEMBILAN PULUH SEMBILAN PULAU
Apabila disebut saja Pulau Langkawi, ramai diantara kita memikirkan ianya sebuah pulau atau beberapa buah pulau yang dikenali ramai seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Tuba, Pulau Rebak, Pulau Tuba. Sebenarnya Pulau Langkawi di kelilingan sebanyak sembilan puluh sembilan . Ada yang kita tidak kenali nama atau belum bernama . Diantaranya ialah Pulau Bumbun, Pulau Beras Basah, Pulau Cincin, Pulau Timun, Pulau Belitok dan beberapa buah pulau lagi . Ini tidak termasuk beberapa buah batu timbul yang disebut " tukun " seperti " Tukun Baubab"
Sabtu, 21 Mei 2011
QASIDAH BURDAH
Qasidah Burdah dikenali sebagai nasyid memuji dan memuliakan Rasulullah saw sejak turun temurun lagi . Mengikut riwayat Qasidah Burdah ini berasal dari Mesir dalam abad yang ke 8 lagi . . Bait syair ini yang mengandungi 161 bait telah dikarang oleh Imam Al-Bushiri . Beliau mempunyai keupayaan mengarang syair ini pada waktu ianya menghadapi lumpuh . Dengan berkat pujiannya terhadap Rasulullah saw dengan kehendak Allah Imam Al-Bashiri telah sembuh seperti sedia kala. Qasidah Burdah dalam Masyarakat Islam sebagai qasidah yang berkat . Yang demikian ramai daripada golongan Masyarakat Islam di dunia masih mengamalkannya termasuk Masyarakat Islam di Malaysia .
Dalam Masyarakat Islam di Malaysia cara menghidupkan Qasidah Burdah ini dari dahulu agak berlainan . Pada zama dahulu sesaorang Guru Quran akan menjemput anak-anak muridnya membaca Qasidah Burdah ini . Ini dilakukan selepas memabaca Al-Quran , maka berhimpunlah murid-murid ini untuk berqasidah . Dalam sesabuah kampong kiranya sesiapa yang berhajat untuk membacanya , maka penduduk kampong itu akan diberi tahu dan berhimpun di sesuatu tempat dan berqasidahlah beramai-ramai .Pada masa sekarang Qasidah Burdah ditubuhkan oleh kelab-kelab, persatuan-persatuan, masjid-masjid , ini dijadikan sebagai pasukkan yang lebih memudah untuk perhubungan dan menjalankan aktiviti .
KUBUMAS
KUBUMAS tergolong juga sebagai pasukan Qasidah Burdah . Kubumas adalah sengkatan dari " Kumpulan Burdah Masjid Assolihin " . Kubumas ini telah ditubuhkan dalam beberapa tahun yang lalu yang ahli-ahlinya terdiri seramai 21 orang semuanya adalah wanita . Pasukan Qasidah Burdah ini ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa di bawah naungan Masjid Assolihin Taman Muhibbah . .
Sabtu, 7 Mei 2011
POKOK NIPAH
KEDAH DARUL AMAN Sudah lama mencari petua, Baru dapat di Pinggir Kali, Negeri Kedah negeri tertua, Langkasuka juga amat dikenali. Baru dapat di Pinggir Kali, Mari diupam di pohon terap, Langkasuka juga amat dikenali, Pusat dagangan India dan Arab. Mari diupam di pohon terap, Bendera di sumur terus berkibar, Pusat dagangan India dan Arab, Negeri makmur jauh tersibar. Bendera di sumur terus berkibar, Sudah tanggal penghujung purnama, Negeri makmur jauh tersibar, Qaddah pula diberi nama . Sudah tanggal penghujung purnama, Dari jauh nampak berseri , Qaddah pula diberi nama, Tertegak Jerai mercu negeri, Dari jauh nampak berseri, Telingkah sudah antan di lesung, Qaddah pula diberi nama, Langkawi pula gamitan pelancong. Mahmud Alias, Taman Muhibbah, Alor Setar. |
POKOK NIPAH
Potomg galah jadikan sigai
Ambil sebatang di hutan lipur,
Tumbuh nipah di tebing sungai,
Tahan hakisan tanah berlumpur.
Ambil sebatang di hutan lipur,
Pohon tua sudah berusia,
Tahan hakisan tanah berlumpur,
Berbudi nipah untuk manusia.
Pohon tua sudah berusia,
Kayu bengkok tiada tajaan,
Berbudi nipah untuk manusia,
Daun dan nira jadi jajaan.
Kayu bengkok tiada tajaan,
Amat sukar jadikan papan,
Daun dan nira jadi jajaan,
Buahnya pula seenak santapan.
MAHMUD ALIAS
Alor Setar
Alor Setar
Jumaat, 6 Mei 2011
Kawasan Serang Hendap Vietcong (CU CHI TUNNELS)
Tidak kiralah ke mana yang akan kita lalui atau kita lawati, sudah tentu kita akan menerima atau melihat apa
saja . Diantara apa yang kita lihat sudah tentu melekat dalam pemikiran kita samada buruk atau baiknya perkara tersebut. Di mana saja negara-negara yang kita pergi majukah negara itu atau mundurkah negara itu.Saya tertarik dalam satu lawatan ke Vietnam . Dalam lawatan tersebut saya dan keluarga berkesempatan melawat satu kawasan " Serang Hendap Vietnam " iaitu kawasan hutan yang luas.
Apa yang saya dapati terdapat kesan-kesan Vietcong melancarkan serangan menentang Tentera Amerika.
Beberapa terowong yang sempit lubangnya .
Terowong ini dapat menjalinkan dari satu terowong ke suatu terowong yang lain. Kedapatan pula beberapa perangkap samar yang di dalamnya terdapat cerucuk besi yang tajam dan sedia menunggu mangsa.
Terowong ini dapat menjalinkan dari satu terowong ke suatu terowong yang lain. Kedapatan pula beberapa perangkap samar yang di dalamnya terdapat cerucuk besi yang tajam dan sedia menunggu mangsa.
Di bawah tanah juga terdapat pejabat yang siap sedia dengan meja dan kerusi bagi kegunaan tempat mesyuarat para Vietcong. Mereka juga memasak di bawah tanah , asap yang dimasak tidak berkepul
keluar. Malahan asap tersebut melencong jauh ke arah lain. Ini untuk mengelakkan dari di kesan oleh musuk.Waktu kami akan pulang , kami disajikan dengan rebusan " ubi kayu " sebagai tanda perjuangan hanya dengan memakan ubi kayu .
DELTA MEKONG
Perjalanan dengan bas dari Bandar Ho Chin Minh menuju ke Delta Mekong memakan masa hampir empat jam. Walau pun agak lama kita dalam perjalanan tetapi sangat menarik sepanjang perjalanan tersebut terutama pemandangan kiri dan kanan sepanjang perjalanan.
SUASANA
Rata-rata penduduk di Lembangan Mekong adalah petani, Sawah padi di kiri kanan jalan saujana mata memandang . Lembangan Mekong amat subur dengan tanaman padi. Kami berkesempatan bertanyakan Pemandu Pelancong kami iatu terdapat setiap sawah padi didapati ada bangunan kecil , banguna ini dibina dengan batu dan dihiaskan pula.
Pemandu Pelancong menyatakan bangunan itu adalah kubur kepunyaan nenek monyang tuan sawah asal. Mereka memegang teguh dengan adat resam mereka mengenai dengan roh nenek monyang.
Penduduk kawasan ini adalah berkelompok dengan membina rumah di atas tanah sawah mereka sendiri.
Rumah-rumah mereka dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan .
Apabila kami sampai di Sungai Mekong, beberapa buah feri menanti untuk menyeberangi sungai tersebut . Sebagai daya penarik kepada pelancong kami dihidangkan kelapa muda . Seronok sekali sambil menyusuri sambil menikmati kelapa muda di sepanjangan pelayaran .Setiba di seberang apa yang kami lihat di sepanjang tebing sungai tersebut terdapat dusun buah-buahan seperti jambu, nangka, laici, buah-buahan ini diberi peluang kepada pelancong menikmatinya. Terdapat juga madu lebah asli serta kraftangan yang menarik.
Pada waktu pulang pelancong tidak lagi pulang melalui tebing sungai . Malahan pelancong akan menaiki sampan melalui anak sungai yang kiri kanannya terdapat pokok-pokok nipah sepanjang anak sungai tersebut.
Khamis, 5 Mei 2011
SAJAK
PULUT UDANG CUCUR BADAK
Sebuah warung di hujung desa,
Pulut udang , cucur badak hanya dijual
Ramai pelanggan bersigir,
Naik resah Si Milah empunya kedai.
Ligat seorang pelanggan datang,
Gulung kain pelikat letak di rusuk,
Marah, muka macam cuka lama,
Mata biji saga menghala arah Si Milah,
“Ini biasa” bisik dalam hati Si Milah.
“ Milah ! ! Kau tipu aku” Melenting pelanggan,
Mata Si Milah terkedip-kedip macam cicak makan kapur,
“ Tipu apanya bang ! “ Si Milah berlembut dalam risau,
“ Tengok ! kau kata pulut udang ! mana udangnya “
Hardik pelanggan .
Si Milah cuba mengilas,
“ Betullah bang ! Milah juga menjual cucur badak,
Tapi tak ada badak di dalamnya.
Semua tersenyum dalam hati.
MAHMUD ALIAS
Alor Setar
18.03.2011
Langgan:
Catatan (Atom)